Jangkitan Rabies
Life Style

Jangkitan Rabies

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan  bahawa kes kelima rabies iaitu seorang lelaki berumur 52 tahun dari Kampung Remun, Sarawak yang telah dilaporkan oleh KKM pada 19 Julai 2017 setelah disahkan positif rabies pada 18 Julai 2017, telah meninggal dunia pada 23 Julai 2017, jam 10:43 malam. Penyebab kematian adalah rabies with underlying pulmonary tuberculosis

Sehingga 24 Julai 2017, terdapat lima (5) kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di mana kesemuanya telah meninggal dunia. Kesemuanya adalah dilaporkan di Serian, Sarawak. Tiada kes baru dilaporkan buat masa ini.


banyak 20 kawasan di dalam tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sehubungan itu, aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat. Sehingga 23 Julai 2017, sebanyak 770 kes gigitan haiwan (anjing dan kucing) di dalam tiga (3) bahagian yang terlibat telah dikesan dan diberikan rawatan lanjut.

Leave your thought here